Sunday, February 27, 2011

Telatah..

coretan niesa at 7:18 AM
Assalamualaikum wbt


Waktu ini tepat menunjukkan 1705..conform ada kalangan kalian yang tergagap-gagap nak fikir pukul berapa la  ini. Dulu cikgu suruh hafal sistem 24jam,malas nak buat..salah siapa?


Sebenarnya entri kali ini, aku nak mengisahkan kembali sahabat-sahabat ku yang telah aku tinggalkan di Sibu. Kali pertama posting terus 'fly' ke Sarawak. Bukan main teruja yang penuh excited la. Bukan sebab dapat menjejakkan kaki ke Sarawak tp sebab dapat juga aku naik kapal terbang..hahaha...



Kehidupan di sana pada permulaan nya agak mencabar jiwa aku. Bayangkanlah berjauhan dari family, terpaksa bawak diri sendiri, susah senang kena tanggung sorang-sorang. Tapi berkat  pertolongan dan semangat dari sahabat-sahabatku, akhirnya aku berjaya meniti kehidupan aku dengan baik di sana..alhamdulillah..


DEKAT AIRPORT MIRI
Februari 2010, masa cuti Tahun Baru Cina, aku dengan kawan-kawan menghabiskan wang ke Sabah..1st time merancang perjalanan yang jauh. Biarpun pada mulanya semuanya menolak tapi akhirnya planning kami berjaya. Setahun jugaklah merancang nak pergi Sabah. Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas dari Sibu ke Miri. Pancaroba betul perjalanan ke Miri. Masa yang diambil hampir 6jam..Bagai nak patah lutut kaki duduk dalam bas lama-lama. Nasib baik takde yang mabuk..Kalau tak...hahaha fikir sendiri laa....kiteorang pergi Miri sebab dah tempah tiket Flight dari Miri ke Sabah..Kesian, Flight dari Sibu ke Kota Kinabalu masa ni takde..



Muka ceria sebab baru lepas makan

Sampai je dekat Miri semua keletihan hanya gara-gara perjalanan yang berjam-jam..serik,tak nak naik bas lagi. Sementara nak tunggu naik flight, apa lagi berposing la sana-sini...Ni la sahabat-sahabat ku..Tengok dekat signboard pun jadi tempat penggambaran...


SEMPAT LAGI SNAP 1 SHOOT
Akhirnya penjelajahan kami pun bermula..Terima Kasih Air Asia kerana membawa kami  bercuti ke Sabah..( macam la Air Asia yang support budget)..Perjalanan dari Miri ke Sabah mengambil masa dalam lingkungan 2jam la..yahooooo

Setibanya kami di Sabah, lepas melepaskan lelah di hotel yang sudah siap ditempah, kami pun meronda-ronda di sekitar Kota Kinabalu..Tengok sahabat aku dua orang tu, sebelah kiri Asbahiyah..yang disebelah kanan pulak Fi..amik gambar dekat plat keta Sabah(saja nak tunjuk bukti dah sampai Sabah)




Biasala kalau dah sampai tempat orang mesti nak pergi tempat makan yang sedap-sedap..Lalu kami pun dibawa oleh pemandu pelancong yang tidak dibayar gaji, En Farhan ke tempat makan yang dikatakan 'best'..tapi alahai, tempat bukan main grand, makanan biasa je..yang 'best' cuma harganya la..rasa macam tak berbaloi pun ada..takpe la,asalkan perut malam tuu kenyang..betul x Lynn dan Afifah? (melopong depa dok pikiaq harga makanan mahai)


Ni saat-saat yang menggemparkan..dengan bantuan sahabat farhah yang stay kat Sabah, alamak tak ingat plak nama nya tapi tuan nya seperti dalam gambar di atas la..Kami nak ke Gunung Kinabalu..kononnya nak tengok sendiri keindahan Gunung ciptaan Allah..tapi dalam perjalanan sekali lagi masing-masing makan buah langsat dengan nenas..(sesat dan 'nenas' stand for what??..lupa lagi) Itu yang terpaksa meng'calling' yang lebih arif...cuba teka sampai x kiteorang ke Gunung Kinabalu?

 aik...tetiba menghulurkan sumbangan...macam duit dua kupang ja????hahaha...ingat lagi kawan-kawan apa yang Afifah dan Lyn ni buat? jangan salah faham yea...kat Sabah pun kalau nak masuk toilet kena bayar 20sen tau. Tapi disebabkan masa tuu takde orang pun yang menjaga toilet,jadi kami masuk 'free of charge' la..gambar kat atas tuu action jer..pastu  duit tuu masuk poket balik..hehehe...



Hampa dok tengok apa la dekat atas tuu?Ada durian runtuh ka? ni antara posing yang paling aku suka (sebab aku yang suruh depa buat lagu tuu) hai..kalau suruh posing,masing-masing tunjuk bakat..hebat..hebat....

ASBAHIYAH

Ni model ape plak? Pantang berhenti mesti posing. Sambil bercerita perjalanan kami di Sabah, aku kenalkan kalian semua dengan sahabat-sahabatku..Ini Asbahiyah..merangkap second pilot masa dekat Sabah. Keistimewan dia selalunya dalam masakan. Bab masak-memasak dialah yang paling teror.Lagi-lagi kalau masak rendang ayam,sehingga menjilat jari kaki. Leh dikatakan area Sibu ni rendang ayam dia yang paling femes..As ni suka layan jiwang. Banyak tempat-tempat best yang dia bawak. So, aku pun terjoin jiwang dia juga la..hahaha. Kalau boring, tempat yang selalu kiteorang lepak mesti dekat tepi Sungai Rejang, sambil menikmati keindahan matahari terbenam..aduh,masa ni memang layan perasaan. Dengan diiringi lagu-lagu yang menyentuh perasaan, memang kena la dengan hati masing-masing yang dirundum gundah-gulana..hahaha..boleh menitik air mata tau. Tapi yang paling best masa As bawa aku ronda-ronda dekat jalan 'Winter Sonata' ( nama jalan ni sesuka hati je bagi sebab suasana jalan ni macam dalam cite 'autum in my heart', Tapi kenapa winter sonata=autum in my heart pulak??Kenapa nama jalan bukan jalan 'autum in my heart'?kan...baru aku terpikir la) Tak kisah la nama apa pun tapi inilah kali pertama dan kali terakhir aku lalu dekat jalan tu. Sebenarnya masa itu hati aku dah sebak sebab aku terpaksa meninggalkan diorang ni tapi aku tahan jer..Sambil-sambil makan aiskrim aku menikmati keindahan ciptaan Allah ini sepenuhnya. Yang kedengaran hanya lagu-lagu korea yang dipasang. Masing-masing membisu mendiamkan diri. Terima Kasih la,As...sempat jugak aku merasa jalan-jalan dekat situ.

Cuba perhatikan wajah sorang-sorang. Ada unsur-unsur sedih dan kecewa tak?. Ada story masa ni..Let we start..Hati masing-masing dah berkobar-kobar nak tengok kaki bukit Gunung Kinabalu. Siap bayar lagi duit tiket. Disebabkan nak naik ke atas, kami terpaksa mendaki kaki bukit dengan 'Abang Za'..sayangnya 'Abang Za' kami semput di pertengahan jalan. Masing-masing dah kecut perut. Kalau 'Abang Za' sakit susahlah kami. Jadi keputusan ramai, kami sepakat tak naik atas. Tak dapatlah kami merasa kesejukan kaki bukit Gunung Kinabalu. Nak buat macam mana, bukan rezeki kami. Sebab tu la muka masing-masing macam dekat dalam gambar. 

Disebabkan tak dapat naik ke atas, kami pun bergambar di kawasan bawah je. Jadilah janji ada gambar kan. Dan ada lagi cabaran dekat cini. Masa nak keluar dari kawasan Gunung, sekali lagi 'Abang Za' semput. Tak dapat naik bukit. Kami semua terpaksa turun dan berjalan kaki mendaki bukit yang agak curam. Gambar tak dapat disiarkan sebab masing-masing mempunyai keriukan wajah yang penat dan agak teruk (aku pun malu tengok gambar tu. hahaha) Nasib baik pekerja di situ tolong kami bawak balik 'Abang Za' naik sampai ke kawasan selamat. Nasib kamila dapat 'Abang Za' yang selalu saja sakit. 





 Sekarang kami dah sampai pulak dekat Ranau (hari keesokan nya). Setelah menghadapi cabaran di kaki bukit Gunung Kinabalu, hari ini kami bersantai-santai dekat Hot Spring, Ranau. Hampa ingat tak lagi malam sebelum kita sampai sini? Kat sini ada kisah lucu lagi. Selepas dari Kundasang, kami semua terpaksa mencari hotel di Ranau. Tapi hotel semua 'Full House'..alahai terlambat sudah, mana nak tido malam ni???Semua dah cuak. Dari satu hotel ke satu hotel kami panjat tapi tetap Full. Akhirnya, dapatla jugak satu bilik yang kosong yang cuma ada satu katil. Bayangkan kami terpaksa berhimpit seramai 6 orang dalam ruang yang sempit tu. Solat pun atas katil. Nak terbalik pun ada masa solat..Macam mana nak seimbangkan diri kalau berdiri atas katil.( time tu aku rasa solat aku pun kurang khusyuk nye. Takut terjatuh masa berdiri) Tapi alhamdulillah, malam yang perit tu dapat kami atasi. Pagi tu kami semua tak mandi dah ( kecuali Lyn. Sebabkan tu muka dia dalam gambar tu paling depan, dia ja posing best, kami semua tak sabar nak p mandi). Sampai je kat Hot spring, kami terus buka langkah sebesar mungkin mencari air.

Inilah Air Terjun yang ada dekat Ranau







































 Selepas seharian bermandi-mandian dekat Ranau, kami pun bergerak semula ke Kota Kinabalu. Malam nya kami menghabiskan masa dekat Jeselton Point. Kat area sini malam-malam banyak 'Mat Saleh'. Bermacam ragam. Tapi kami tak lama dekat sini sebab dah keletihan. Lepas makan terus balik hotel dan di buai mimpi. Tapi terganggu jugak, area kawasan hotel kiteorg ada puak-puak  'sotong' pulak. As dengan Farha la orang yang paling dahsyat tiru balik gaya depa dalam bilik. Sakit perut aku gelak tengok keletah hampa. Nasibla si Nyah2 tu tak perasan. Kalau tak habis korang..hahaha


 Esoknya, kaki kami melangkah ke tempat yang paling jauh. Kiteorang pergi Kudat. Hanya berpandukan pada map dan kecekapan pilot kite, maka tanpa perasan gentar kami terus ke sana. Tempat tu memang cantik la. Bila dah sampai rasa tak mau balik. Tapi perjalanan ke Kudat ambil masa yang panjang. Al-maklum la jauh..eh korang tau ka Kudat tu kat mana?? tengok balik dalam map kt Sabah, salah satu bahagian telinga Sabah itulah Kudat. Jauh Tak? Bila dah sampai rasa bangga sangat sebab dunia ciptaan Allah ini sangat indah. Kalau dunia pun seindah ini, bagaimanalah keindahan syurga kan?





Rospiyati @ Lyn

So, ini pulak kenalan aku yang seterusnya. Dia ni split personality sikit..hahaha..Kalau dekat luar depan orang ramai, dia dikenali sebagai Rospiyati..Seorang yang lemah-lembut, suka berceloteh, kadang-kadang manja pun ada..Tapi dikalangan kami dia dikenali sebagai Lyn...haaa,bila jadi Lyn perangai pun berubah laa...dengan suara hingar, bising, pot pet pot pet..macam bertih jagung tuu.tak berhenti cakap. Tapi kalau ang xdak Lyn, senyap sunyi tau dak. Hang la pencetus suasana. Bagi ceria. Masa dekat Sabah ni, Lyn telah mengalami kemalangan.Macam mana dia boleh tersadung kaki Cik Pah sampai terhantuk kepala dekat dinding..Aduh, dalam jugak la luka tu sampai lebam. Dan sekarang tinggal parut lagi kot. Tanda kenangan tu, Lyn..







 Ni salah satu shoot yang aku snap masa keta tengah bergerak. Terpukau aku dengan keindahan di Kudat. Ini yang menyebabkan aku teringin sangat nak kembali menjelajahi negeri Sabah semula.

Wajah sahabat-sahabatku yang enjoy bersama-sama di Sabah. Inilah pengalaman yang pada aku susah sangat nak dilupakan. Lepas ni dah tak dapat lagi dah pengalaman seperti ni. Thanks my frens for a lovely journey that full of memories.



Habis sudah penceritaan aku bercuti di Sabah. Sekarang aku nak menyambung story aku pasal sahabat ku seterusnya. Inilah Ramza Adila. First time aku tengok nama dia, aku dah tergoda. Sedap betul nama dia. Nak dijadikan cerita, Ramza ni satu sekolah dengan housemate aku pulak, Farhah. Memang kecil sungguh dunia ini. Ramza ini diam-diam tapi berisi. Bila bercakap kadang- kadang senak perut aku tahan ketawa. Tapi kalau Ramza xde, mesti sunyi hidup aku masa dekat sana.




Ini pulak Kak Ros. Kak Ros ni transfer dari Johor. Mula-mula ingat tak kawin lagi, tapi rupanya berpindah ikut husband. Nampak macam kanak-kanak ribena je kan. Kecomelan nye mengalahkan aku..haha..Kak Ros ni seperti pengganti kepada Kak Iza(cikgu sekolah aku yang dapat transfer) sebab Kak Ros pun suka bercerita. Jadi kat sekolah tu takde la sunyi sangat sebab boleh dengar Kak Ros berceloteh. Kalau bab-bab pentadbiran ke, gaji ke tanyalah Kak Ros, conform Kak Ros leh cerita dari A to Z..hehe




Ni la sahabat merangkap teman tido aku. Sahabat yang sangat memahami aku ni namanya Afifah. Banyak yang aku belajar dari dia. Pergerakan, perbuatan nya mencerminkan keperibadiannya.Dalam diam aku belajar mengenai hidup menerusi perbuatannya. Tingkah-lakunya banyak menyedarkan aku untuk berubah..dan kerananya juga la aku memperbaiki peribadi ku. Alhamdulillah kerana aku diberi kesempatan mengenali insan sepertinya.







Ni jiran sebelah umah aku.. Fi dan Fidah. Selalunya kalau ada apa-apa masalah,diorang la tempat aku nak lepak. Pernah umah kiteorang kena potong air gara-gara tak bayar bil 3bulan..apa lagi,rumah diorang la tempat aku berteduh pulak. Tanpa diorang mesti tak complete jugak hidup aku. Bila rumah kiteorang buat kenduri yang selalu akan menghabiskan makanan tak lain tak bukan depa ni la...haahaha..




Antara ramai-ramai sahabatku, yang ni la yang paling muda. Pangkat adik-adik ni. Sorang Ana, sorang lagi Mie..Adik Ana ni happy go lucky, tapi sejak berteman, jarang sikit la masa nya bersama aku. Tapi bersama dengannya tak pernah lekang gusi aku mengukir senyuman. Sekarang dah kawin pun dengan membe sekolah aku jugak. Sebelah meja dia je pulak tu. Jodoh..jodoh..Nik Idayu, adik yang baru jer transfer. Ni yang masuk ganti bilik yang aku tinggalkan. Cuma aku tak berkesempatan nak mengenalinya dengan lebih mendalam. Semoga berjaya di tempat baru yea,adikku..




Sahabat terakhirku yang masih di Sibu,Suziyana Deraman. Dok sebelah meja aku dan dengan dia la aku banyak meronggeng dan menghabiskan masa. Time keja kiteorang breakfast dekat Mcd, Kfc dari pg sampai pukul 11. Mentang-mentang takde kelas..Ingat lagi tak,suzy?? Dia tempat aku berkongsi masalah sebab nasib aku dengan dia lebih kurang sama ja. Tapi sekarang sahabatku ini sedang meniti kehidupan yang lebih indah. Dan harapanku semoga doanya, impiannya, hajatnya akan tercapai..InsyaAllah..







Alamak, tertinggal pulak sorang lagi. Siti Farhah, mek klate ni. Happy go lucky macam nama dia. Sentiasa cuba menceriakan diri walaupun ditimpa masalah. Tapi setiap kali hati dia xtenang, muka dia memang tak boleh menipu. Nampak sangat tengah susah hati. Farha...Farha..Malam-malam kalau dah bosan sangat, kami satu rumah dibawa pusing satu Sibu oleh  Puan Farhah ni la (baru lepas dapat lesen yea..hehe)..Antara sahabatku yang banyak membantu sepanjang aku berada di Sibu.



 Ini la saat terakhir aku bersama sahabat-sahabatku di Sibu. Biarpun jauh di mata tapi di hatiku mereka masih ku rindu. Teringin nak kembali seperti dahulu tapi langkahan perlu diteruskan. Kebanyakan sahabatku juga telah menemui pasangan hidup masing-masing. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Siti Farhah, Nur Farhana, Afifah dan bakal pengantin Rospiyati@Lyn..Semoga kehidupan baru akan memberikan sejuta kebahagiaan dalam hidup kalian.






Buat sahabatku tersayang, biarpun zahirnya kita berjauhan tetapi ukhuwah yang terbina tidak pernah hilang dari benak fikiranku. Doaku moga kehidupan kalian sentiasa di bawah rahmatNya. Entri kali ni aku coretkan khas buat sahabat-sahabatku di sana.





Wassalam..


p/s: Entri paling panjang dan paling lama yang aku buat..

0 comments:

 

Terukir di bintang Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea