Assalamualaikum wbt.
Wah, tajuk entryku. Nampak macam gah sangat la pulak. Sebenarnya ini adalah rentetan perjalanan diriku bersama keluarga ke kampung halaman yang terletak di bahagian selatan. Di mana? Cer teka..cer teka..:)
Dah boleh meneka? Belum lagi. Tengok yang ini pulak. Lebih tepat lagi adalah di sini.
Gegaran terjadi. Kereta bergerak pada kelajuan luar biasa. |
Di sinilah asal keturunanku. "Aku Budak Minang". Inilah gelaran yang selalu sahabat-sahabatku berikan ketika zaman sekolah dahulu. Zaman sekolah rasanya diri ini sahaja yang ic nya 07. Lahir di Pulau Pinang tapi di besarkan di sini. Tapi selepas tingkatan dua, diriku berpindah semula ke kawasan '07' itu.
Perjalanan yang mengambil masa hanya 4jam bertukar menjadi 6jam. Gara-gara termakan buah 'langsat dengan nenas'. Tak faham? Sesat dalam kepanasanlah. Bukan setakat sesat malahan terperangkap dalam kesesakkan jalanraya.
Kesesakan di jalan yang tersesat. Adik ipar@pilot pun pening |
Jalan masuk ke rumah nenek |
Halaman rumah nenek |
Dahulu kala rumah ini tak secantik ini. Tapi berkat kesabaran serta kerajinan akhirnya mahligai idaman diperolehi jua. Bersyukur di atas kurniaan rezeki yang telah Allah berikan. Apa yang membuatkan diri ini beria-ria sangat nak capture rumah ini adalah kerana mendapat satu berita yang agak gembiralah. Menurut nenekku ada team produksi dari TV3 nak buat rancangan Al-Kuliyyah edisi raya di halaman rumah nenekku ini. Tapi semuanya masih dalam perbincangan. Kalau jadi Alhamdulillah. Kalau tak jadi pun Alhamdulillah jugak. haha..Jadi, diriku dengan ayah pun memulakan aktiviti ronda-meronda.
Garden. Dulu selalu jadi tukang cabut rumput petang-petang |
Pokok semua dah membesar. Inilah pokok yang di jaga rapi oleh nenekku. Kerana tumbuh-tumbuhan inilah yang dapat menyejukkan semula kitaran udara yang sangat panas pada dini hari. Tapi ada satu pokok yang usianya lebih tua dari diri ini.
Rasanya usia pokok ini lebih 20 tahun dari usiaku. Bukan mudah nak membentuk pokok ini sehingga terbentuk sebegitu rupa. Usiaku? Teka sendiri. Jeng..jeng..jeng..Langkahanku di teruskan ke arah hadapan dari perkarangan rumah nenekku. Dan ku terlihat ini.
Apakah? Buat mereka yang kurang tahu, inilah kandang kambing. Baru ku sedar ada juga insan yang membela kambing di kampung ini. Comel-comel kambing itu.
Rasanya cukup setakat ini ku berceloteh tentang kampung halamanku. Bukan selalu dapat berkunjung ke kampung. Kalau dulu bolehlah balik tiap-tiap minggu sebab UPM dekat je dengan kampungku ini. Tapi sekarang terpaksa menunggu cuti yang panjang atau pun musim raya untuk kembali semula ke sini. InsyaAllah, jika berkelapangan akan di sambung semula bercerita tentang salasilah keluargaku yang agak unik. Eh, ada ke yang nak tahu. hehe..Berundur dahulu. Sekian.
Wassalam.
Khairunnisa:
1. Jowo + anak mami = Kami adik-beradik. :)
2. Dah macam entry bergambar la pulak.
3. Kalaulah arwah atukku dapat melihat perubahan rumahnya pasti dia tersenyum lebar. Semoga rohnya sentiasa di bawah rahmatMu. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment