Friday, February 11, 2011

C.i.N.t.A.

coretan niesa at 10:51 PM
Lumrah kehidupan..Semua manusia punya naluri untuk bercinta..CINTA.....ramai yang bahagia kerananya dan ramai juga yang menderita ketika merasainya...Apakah itu benar???...Saat manis nya cinta,suma gembira,bahagia xkira...sehingga merasakan dunia hanya miliknya..


tapi saat cintanya berubah..tiada lg kata-kata indah..tiada lagi senyum tawa...merasakan dunia gelap-gelita...segalanya hilang sekelip mata...sehingga ada yang sanggup mengorbankan diri kerana cinta..Apakah ini kebenarannya???.....


Sesungguhnya Allah terlebih dahulu memperihalkan maksud cinta....Cinta itu amat mahal takrifnya..itulah yang difitrahkan oleh Allah kepada hambanya..Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya..kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kejujuran dan keikhlasan di dalamnya...namun sejauh mana manusia dapat mendalami cinta sepertimana yang Allah inginkan....

Manusia mudah leka dan terlupa saat cinta membelai jiwanya..ada yang sanggup mencintai sesama manusia melebihi cinta padaNya..setiap saat,setiap masa berdetik hanya kekasihnya yang hadir di kotak hatinya...jiwa penuh kerisauan seandainya kekasih hatinya tidak dapat dihubungi dalam masa sehari...hati penuh gundah-gulana apabila merasakan kekasih hatinya mula berubah hati...takut akan kehilangan..takut pada kecurangan...tapi sedarkah perbuatan seperti ini mampu mengundang cemburunya Allah pada kita???kita mampu bersengkang mata membalas sms,bcakap talipon sehingga ke dini hari bersama si dia..tetapi berapa ramai yang mampu bermuhasabah diri,bangun di sepertiga malam hanya untuk ber'sms' dengan Allah???


Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah: "Allah swt cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia".
Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita..tapi kita??Keperluan kita mencintaiNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Dia cemburukan kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yan tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung..
Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah"(Al-Baqarah:165) (di petik dari solusi nukilan: Fatimah Syarha Mohd Noordin)


Cinta itu adalah sifat Allah dan Allah jugalah yang mengajar kita erti cinta..dambakanlah cinta yang bersulam iman bukan nafsu terburu..inilah cinta yang terlindung dari fitnah dunia..carilah cinta Allah..nescaya Allah membantumu mencari cinta sesama manusia..InsyaAllah....Ukirkanlah percintaan yang di redhai Allah...janganlah penuhi cinta dengan jalan kemaksiatan kerana ia pasti mengundang penyesalan..'Cinta Itu Buta'..bukan....cinta itu tulus,suci.....tetapi yang memilikinya yang buta dalam menilai erti cinta yang hakiki...kejarlah cinta kerana Allah...miliki cinta jua kerana Allah...kerana sesungguhnya telah Allah ciptakan setiap hambanya itu berpasang-pasangan....bersabarlah dalam mencari..berdoalah pada illahi..moga pasangan yang diberi adalah dari kalangan solihin...jangan direnungi seandainya tidak ditemui cinta itu lagi..berserah pada illahi kerana Dia yang menguji.....hampiri lah cinta hanya kerana Allah....InsyaAllah akhirnya pasti bahagia....amin....





0 comments:

 

Terukir di bintang Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea