Tuesday, February 22, 2011

Aku Tak Faham...

coretan niesa at 12:30 AM

Zaman sekolah dulu, masa itu boleh dikira tahap belum mencapai kematangan lagi laa...dalam banyak-banyak program ceramah,ada satu yang aku tertarik..sampai sekarang aku ingat.Tajuk: Lelaki vs Perempuan..biasala kalau dah namanya remaja,banyaklah songeh-songeh nya...Yang best masa ceramah tuu,bukan sahaja tajuk nya mengancam tapi ustaz tuu pun 'not bad' jugak...(tarikan nak dengar ceramah sebenarnya).



'Lelaki telah diciptakan untuk menjadi seorang pemimpin.Sebab itu tanggungjawab menjadi seorang lelaki sangat tinggi.Akal yang dianugerahkan kepada lelaki adalah melebihi dari perempuan', kata ustaz..

Disebabkan umur yang masih keanak-anakan,masa ni aku kurang setuju dengan kata-kata ustaz..aku tengok budak-budak kelas aku semua takde ciri-ciri sebagai pemimpin pun..aku pun terus bertanya ustaz(dengan beraninya,sedang kan dalam hati berdebar-debar)

'Ustaz,kalau perempuan macam mana pulak?Kenapa perempuan tak boleh menjadi pemimpin?'..masa ni suma kawan-kawan aku dah memusingkan bola mata masing-masing sebanyak 360 darjah..tepat ke arah aku.Terus aku jadi macam kura-kura..over ke soalan aku tadi?

'Perempuan juga boleh untuk menjadi pemimpin tetapi perempuan telah dianugerahi oleh Allah dengan banyak naluri.Sebab itu perempuan selalu bertindak mengikut nalurinya,mudah marah,mudah tersentuh,mudah kecil hati. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin kerana untuk memimpin ia memerlukan kecekalan,keadilan,kekuatan disamping akal dan ilmu yang tinggi bukan berlandaskan kepada naluri dan emosi'..panjang lebar ustaz bagi penerangan.Aku mengangguk sahaja.Ustaz lebih arif dari aku...

Masuk ke usia yang lebih matang sedikit(tapi masih dalam dunia remaja la), aku mula perhatikan sikap lelaki yang dikatakan sebagai 'pemimpin' tuu...'Lelaki bermulut manis',statment yang selalu aku dengar.Mulanya aku tak faham. Lelaki banyak makan coklat ke?.Selepas di beri ulasan dengan panjang lebar oleh sahabat-sahabat aku yang lebih banyak 'ilmu'nya,barulah aku mengeri...




Lelaki: Pemimpin..Lelaki: Mulut manis....Sekarang sudah bertambah pengetahuan aku tentang keturunan Adam ni..agaknya lelaki memerlukan kata-kata dalam mencipta diri menjadi seorang pemimpin..(fahaman aku masa ni la)

Tahun bertambah,usia pun bertambah..aku pun meningkat usia lagi la (tapi masih kategori 'cun' la..hehe)..di sini baru aku lihat dunia dengan jelas dan nyata.Melihat bagaimana ragam manusia. Menurut pengetahuan aku dulu lelaki itu pemimpin, bermulut manis.Tapi fahaman aku berbeza dengan realiti sekarang..Melalui 'investigate' aku, banyak lelaki nak tackle awek menggunakan susunan ayat yang canggih-manggih (masa SPM pun belum tentu boleh buat ayat macam tu). dan yang menghairankan senang-senang je awek-awek tu cair.Kalau yang ada tayar dua,diajaknya awek tu panjat..apa lagi,tanpa membuang masa terus la di pulas minyak tu sehabis mungkin..menempel la mereka dengan eratnya..kalau yang bertayar empat pulak,ingatkan kurang sikit lekatannya. Rupanya diusung pulak ke tempat-tempat yang sunyi. 'Makhluk' yang ke-3 tu pun amik kesempatan la memberi rangsangan dan hasutan.
Ini yang buat aku tak faham..'Lelaki sedang memimpin ke ni??'





Terlintas dihatiku di mana pegangan yang pernah Nabi SAW sampaikan selama ini? Lelaki seringkali menginginkan wanita yang cantik rupa parasnya,yang tinggi budi bahasanya, yang pandai memasak, mengemas dan segala yang sempurna lah. Tetapi berapa ramai lelaki yang mampu menjadi imam? Kalau tak mampu di masjid@surau, cukuplah mengimamkan solat bersama anak dan isteri..Bukan nak menyalahkan kaum lelaki, tetapi pada pandangan aku, sebuah keluarga yang harmoni bermula dari pimpinan seorang suami@ayah. Seandainya keluarga dipupuk dan diterapkan dengan nilai agama yang tinggi, insyaAllah bakal melahirkan generasi yang bukan setakat ilmiah malah soleh dan solihin..Mari kita fikirkan....


                                                        

2 comments:

airul said...

pandangan daripada seorang perempuan terhadap lelaki...
jarang sekali ada yang menzahirkan pandangan dan sorotan mereka terhadap kaum adam...
lelaki... setidak tidaknya.. jadilah pemimpin untuk dirimu sendiri... andai berjaya memimpin diri sendiri.. tiada yang mustahil untuk mu... :)

airul said...

pandangan dari seorang wanita terhadap kaum ku pada zaman ini.. memang tidak dapat dinafikan apa yang dicoretkan ... :)
lelaki...
setidak tidaknya jadilah pemimpin untuk diri sendiri...
andai dapat kau pimpin dirimu... berjayalah hidupmu...

 

Terukir di bintang Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea