Dari ulat jadi kepompong.
Tidur lena dalam kelongsong.
Cukup masa kepompong pecah.
Jadi rama-rama yang indah.
Rama-rama terbang merata.
Sungguh cantik aneka warna
.........................................*(alamak lupa lirik)*
Tapi sayang hidup tak lama.
Ingat lagi lagu di atas? Conform hampa semua pernah nyanyi lagu ni kan. Zaman di kala hingusan lagi. Saat baru nak mengenal erti dunia. Inilah antara lagu yang aku suka sebab aku sangat suka melihat rama-rama. Kejadiannya sangat aneh dan unik. Dari seekor ulat beluncas boleh bertukar menjadi seekor rama-rama beserta sayap yang sungguh indah di pandang. Bebas terbang ke sana sini. Mencari hirupan madu pada bunga yang mewangi. Tapi ada kena-mengena ke dengan entri aku kali ini???
Rama-rama,
Seringkali disamakan seperti wanita@perempuan. Kaum Hawa tidak pernah lekang dari dikaitkan dengan kecantikan dan keindahan. Seperti rama-rama yang terbang indah. Yang sentiasa mengepakkan sayapnya yang penuh dengan kecantikan yang tidak terperi. Seperti itu jugalah wanita yang ditafsirkan di mata lelaki. Yang cantik sentiasa ditatap sehingga terlekat di hati sampai terlupa kecantikan yang diberi itu sebenarnya sekadar persinggahan. Amanah yang perlu dijaga bukan untuk pujian atau penghargaan.
Sayangnya,
Wanita sering menyalahertikan tentang kecantikan. Ramai wanita di luar sana yang terlalu menjaga kecantikan fizikalnya sehingga terlupa pada tafsiran sebenar kecantikan itu. Cantik bukan sekadar luaran. Tapi cantik seorang wanita bermula dari dalam. Dari hatinya yang penuh dengan kasih sayang. Dari sikapnya yang lemah-lembut dalam berbicara. Dari bibirnya yang sentiasa berhati-hati dalam meluah kata. Juga dari akalnya yang sentiasa menjana ilmu mendidik peribadi yang mulia. Wanita moderate kini selalu khilaf dalam mencari erti kecantikan yang sebenar. Kerana gaya trendy dan ingin menjadi fashionable, landasan agama diketepikan. Wahai wanita, apakah dengan mengikut dunia fesyen mampu menyerlahkan kecantikan kamu bak bidadari dari syurga? Apakah dengan gaya trendy mu dapat menjadikan kamu secantik seorang puteri kayangan? Apakah sebenarnya niat kamu untuk mencari kecantikan yang sebegitu?
Wanita Oh Wanita,
Kadang-kadang diri ini terasa malu. Melihat kaum sejenisku begitu gembira mempamerkan kecantikan mereka tanpa segan silu. Menampakkan segala yang patut dan wajib ditutupi. Aduhai wanita, tidak kah kamu tahu bahawa menampakkan aurat itu adalah dosa yang besar? Yang mampu mencampakkan kamu ke neraka jahanam? Tidakkah kamu tahu dengan berpakaian sebegitu mampu menggoda insan yang bernama lelaki? Sedih melihat wanita kini. Sanggup menggadaikan maruah sendiri hanya untuk mencari kecantikan diri. Perlukah semua ini?
Wahai sahabatku yang bernama wanita,
Sedarlah, wanita adalah perhiasan dunia. Dan seindah perhiasan adalah wanita solehah. Jangan dibiarkan diri ini mudah dijajah dan ditarah. Peliharalah mahkota diri dari dihinggap oleh kumbang-kumbang yang penuh dengan nafsu serakah. Jadilah seperti haruman kuntuman bunga yang sentiasa mewangi yang sukar untuk dipetik dan dijamah madunya.
Wahai wanita,
Fahamilah erti kecantikan yang sebenar. Jangan terpedaya dengan kata hati. Jangan dibiarkan diri terjebak dengan dunia fesyen yang jauh dari syariat agama. Jangan dibiarkan kecantikan diri menjadi bahan ratapan mata-mata yang melihat. Jangan pernah merasa bangga atas kecantikan yang dianugerahi Tuhan. Kecantikan mampu pudar apabila tiba saatnya, tapi kecantikan hati tak kan pernah hilang hingga ke 'dunia' yang abadi. Janganlah lagi kita membiarkan wanita sebagai agen eksploitasi dunia yang kejam lagi tidak berhati kerana yang rugi adalah diri sendiri. Wanita, bangunlah dari mimpi yang ngeri ini. Letakkan lah kecantikkanmu di tempat yang tinggi. Sesungguhnya martabat seorang wanita adalah tinggi setaraf dengan lelaki. Cantikkan lah dirimu di mata Allah kerana sesungguhnya hanya Dia yang berhak ke atas diri ini.
Khairunnisa:
1. Mendoakan agar semua wanita mengejar menjadi wanita solehah. Amin
2. Masih belajar mencipta diri seperti nama yang diberi.
0 comments:
Post a Comment