M16, Tomahawk, Kereta kebal, Jet pejuang.
Serangan dilepaskan dari udara, melumpuhkan tonggak utama pertahanan.
Segalanya bermula dari jauh dan kemusnahannya mampu meragut berjuta-juta nyawa.
Segalanya bermula dari jauh dan kemusnahannya mampu meragut berjuta-juta nyawa.
Tidak ada lagi keris, pedang, lembing, pemanah dalam dunia perang kini.
![]() |
[Gambar: Keadaan di Libya] |
Inilah gambaran yang terjadi di Libya baru-baru ini. Kekejaman, kemusnahan diragut tanpa perikemanusiaan lagi. Begitu mudah tanah pusaka dinodai hanya kerana diri yang tamakkan kuasa dan sumber bumi. Rakyat menanggung sakit yang tak terperi sedangkan penguasa ketawa tidak berhenti. Menunggu saat jatuh ke bumi, merangkak mencari kedamaian yang belum pasti. Manusia. Apabila bertuankan nafsu. Inilah yang terjadi. Laungan jihad kedengaran. Namun, laungan sekadar laungan kerana tiada yang mendengar. Hanya mampu meluahkan rasa simpati dan kasihan dihati tapi gagal bertindak menyusun strategi menyelamatkan negara ini. Semuanya berdiam diri dan menanti apa yang bakal terjadi selepas ini. Satu persatu Tanah Arab digegarkan dengan perampasan kuasa yang disusuli dengan tumpahan darah yang mana akhirnya telangkup ke bumi. Rebah pada yang berkuasa veto.
![]() |
[Gambar: Pergolakkan di Palestin] |
Lihatlah kekejaman peperangan. Sedih melihat maruah diperkotak-katikan. Lihatlah betapa ramai pejuang Islam yang bangkit menentang penindasan. Namun ianya seperti tiada noktah. Palestin, negara yang berkurun-kurun lamanya terkurung di bumi sendiri. Tidak pernah mengenal erti kebebasan walaupun kemerdekaan pernah dilaungkan. Di hukum kejam tanpa sedikit rasa belas-kasihan walaupun pada kanak-kanak yang tiada akalnya. Tidakkah kekejaman ini boleh di samakan dengan binatang? TIDAK. Lebih ganas dan kejam dari binatang.
Lihatlah remaja pemangkin negara, mereka tidak pernah tidur dari kerisauan. Hati mereka penuh dengan semangat jihad. Jiwa mereka sentiasa bangkit berjuang mengejar syahid di jalan Allah. Tiada masa buat mereka mengenal cinta dunia. Tiada sedetik pun untuk mereka berehat dan berhibur. Tiada sesaat pun untuk mereka mengenal erti dunia remaja. Biarpun di tangan hanya ada seketul batu, itulah senjata yang pada mereka sangat berharga dalam memerangi musuh, menegakkan seruan Allah, berjuang hanya untuk Allah. Berusaha mempertahankan yang hak. Tidur beralaskan langit dan bertilamkan bumi serta berselimutkan angin. Dentuman bom menjadi muzik harian untuk didengari. Makan dan minum hanya sekadar melapik perut yang berbunyi. Namun itu semua membuatkan mereka rasa syukur. Sangat-sangat bersyukur. Tapi bagaimana kita di sini?
Aman dan bahagia. Tidak perlu risau untuk ke mana-mana. Pergerakan bebas tanpa sekatan sehingga lupa pada daratan. Sibuk dengan dunia trendy. Merempit ke sana ke sini. Menagih cinta sesama sendiri tanpa sedar batasan dan ilmu illahi. Pergaulan dan perbatasan semuanya digauli untuk merealisasi erti satu hati.Memusnahkan diri sendiri sehingga sanggup mati kerana kekasih hati yang menjauhkan diri. Mencari kepuasan dunia dewa-dewi dengan mengikut hawa nafsu yang pasti tiada kepala dan kaki. Melayang-layang ditarik ke kancah kegelapan yang tidak digeruni. Kononnya ingin menjadi seperti barat. Akhirnya jahiliah kembali. Agama di sepak ke tepi dan membiarkan sekularisme menguasai diri. Angkuhnya manusia di sini kerana belum merasai apa yang 'mereka' di sana rasai. Lalai dan alpa, khilaf dan salah, riyak dan takkabur, benci dan dendam. Semua penyakit hati menular malahan membusuk dalam diri.
![]() |
[Gambar: Bencana alam di Jepun] |
Saat Allah menimpakan musibah barulah semuanya terjaga dari lena. Meniti saat penyesalan apabila terasa kehilangan. Ini jelas menunjukkan betapa yang gagah, kuat, berdiri hebat di mata sang dunia jua mampu runtuh sekelip mata. Melutut tersungkur di bumi yang di puja. Itulah kuasa Allah yang tiada tandingan. Lihatlah manusia, Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita agar jangan pernah lalai dan leka dengan dunia. Sesungguhnya dunia penuh dengan tipu daya yang terselit di sebalik bayang-bayang. Namun segala helah yang terselindung dapat di jelaskan seandainya di pupuk nilai iman dan islam dalam jiwa. 'Kun Faya Kun'. Segala yang dikehendakiNya akan dilaksanakannya.
Hari ini kita masih mampu melakar senyuman. Syukur. Hari ini kita masih dikelilingi insan yang tersayang. Syukur. Hari ini kita masih mampu memiliki apa yang kita kehendaki. Syukur. Hari ini kita masih dilimpahi dengan rezeki yang tidak terhingga. Syukur. Bersyukurlah kerana kita tidak di bebani ujian seberat mereka di luar sana. Yang mana dirinya belum tentu bernyawa setelah matahari terbit semula. Yang mana dirinya terdampar kesepian akibat kehilangan segala yang digenggami. Wahai sang manusia yang memiliki akal yang pintar, marilah perbetulkan semula hati dan naluri agar akarnya kembali berpaksi pada illahi. Jangan dinodai lagi peribadi dengan simpang yang menuju kegelapan yang abadi. Renungilah peristiwa yang telah diperjelaskan tadi. Ayuh, lakarkanlah langkahan yang baru. Mencari cahaya yang tidak pernah hilang kecerahannya sebelum segalanya bertemu garisan penamat.
"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)
[Nota]: Kukuhkanlah ikatan ukhuwah agar persengketaan dapat dielakkan.
Khairunnisa:
1. Sayu melihat betapa teruknya kehidupan masyarakat di dalam peperangan dan yang ditimpa bencana alam.
2. Berdoa semoga Allah mengampuni segala dosa mereka dan dipermudahkan segalanya.
0 comments:
Post a Comment