'Aku Terima Nikahnya'
Saat ungkapan itu dilafazkan, jantung berdegup pantas. Peluh menitik-nitik gara-gara rasa gelabah dan tak tentu arah. Al-maklumlah tangan digenggam kuat oleh Tok Kadi beserta jelingan tajam. Dikerumini pulak dengan ribuan telinga yang mendengar. Senyap sunyi bagai malaikat melintas. Kedengaran jelas getaran suara sang Adam melafazkan akad yang di akhiri dengan iringan doa dan senyuman tanda kesyukuran.
![]() |
[Gambar: My sister wedding] |
Kebahagiaan yang dinanti kadang-kadang disinggahi dengan taufan yang tidak pernah diundang. Meniup dan melenyapkan hati sang kekasih sehingga tsunami meruntuhkan tangga pada rumah yang terbina. Aduhai, sakitnya hati, sengsaranya jiwa tatkala kasih yang diseru menyinggahi hati yang lain. Apabila suami mengungkap kata 'bermadu', si isteri mengangkat tangan dan kaki. Berlari ke dapur mencari pinggan, mangkuk, periuk belanga dan segala macam barang yang sesuai untuk dilemparkan tanda protes. Tiada satu perkataan lagi yang dapat dikeluarkan melainkan airmata dan hentakan jiwa yang tak ketahuan. Bagaikan orang yang tiada akalnya akibat jiwa melayang bersama kasih yang terlerai.
POLIGAMI. 8 aksara yang mampu membuat lelaki ketawa tak berhenti, tersenyum sehingga menampakkan 32 batang gigi yang susunan nya belum pasti tersusun rapi. Namun 8 aksara ini memberi remukan jiwa buat sang bidadari. Bagai langit menghempap bumi, berdentum bersama kilat dan guruh yang bersatu menggegarkan tanah. Di sulami dengan hujan lebat berserta angin kencang yang mampu mengundang ribut taufan. Betapa dahsyatnya penangan 8 aksara itu buat para isteri. Aduhai. Mengapa kaum hawa begitu jelik dan marah apabila isu ini di suarakan?
POLIGAMI. 8 aksara yang mampu membuat lelaki ketawa tak berhenti, tersenyum sehingga menampakkan 32 batang gigi yang susunan nya belum pasti tersusun rapi. Namun 8 aksara ini memberi remukan jiwa buat sang bidadari. Bagai langit menghempap bumi, berdentum bersama kilat dan guruh yang bersatu menggegarkan tanah. Di sulami dengan hujan lebat berserta angin kencang yang mampu mengundang ribut taufan. Betapa dahsyatnya penangan 8 aksara itu buat para isteri. Aduhai. Mengapa kaum hawa begitu jelik dan marah apabila isu ini di suarakan?
Ramai lelaki yang menyalahtafsirkan erti sebenar poligami. Ramai juga yang menjadikan isu poligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi SAW. Wah, bab kahwin cepat pulak nak ikut sunnah, bab solat, puasa, zakat liat pulak nak mengikut. Poligami adalah satu hukum yang telah tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran yang membolehkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Firman Allah swt:
Dan jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil terhadap anak-anak atau perempuan yatim (jika kamu mengahwininya), maka kahwinlah dengan perempuan lain yang menyenangkan hatimu; dua, tiga, atau empat. Jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil (terhadap isteri yang terbilang), maka kahwinilah seorang saja, atau ambillah budak perempuan kamu. Demikian ini agar kamu lebih dekat untuk tidak berbuat aniaya” (An-Nisa` 3).
Merujuk kepada firman Allah SWT, poligami merupakan satu kemudahan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Seharusnya poligami dilaksanakan bukan atas tujuan nafsu semata. Poligami menuntut keadilan yang mana sikap adil itu amat sukar untuk dilakukan sebagaimana firman Allah SWT:
”…Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja…” (An-nisa':3)
Isteri yang satu pun belum tentu pasti dapat merasai keadilan dari suami, inikan pula seandainya memiliki isteri lebih dari satu. “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian…” (An-nisa:129).
Hati wanita ini sangat rapuh apatah lagi disaat kasihnya terpaksa dikongsi. Sifat cemburu yang ada dalam diri seorang wanita amat sukar untuk dikawal bila mana melihat kekasih hatinya berpacaran bersama si dia. Biarpun di bibir mengatakan ikhlas menerima, redha memadu kasih namun realitinya tidak. Malahan sifat kecemburuan ini turut terjadi pada Ummul Mukminin kita, Aisyah RA jua para isteri Nabi. Biarpun Allah memuliakan dan mengangkat darjat para isteri Nabi namun masih terselit juga perasaan cemburu dalam merebut perhatian suami.
Aisyah mengakui cemburunya pada Khadijah. Beliau pernah berkata, " Hanya pujian yang terbit dari bibir Nabi Muhammad setiap kali nama Khadijah disebut. Pada suatu hari, saya tidak dapat menahan rasa cemburu saya. Saya terus berkata, "Wahai pesuruh Allah, mengapa tuan asyik mengenang perempuan yang sudah meninggal itu? Bukankah Allah sudah memberimu pengganti yang lebih baik?" Nabi Muhammad menjawab,
"Allah tidak memberiku pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepada Allah semasa semua orang menidakkanku. Dia mempercayaiku semasa orang mengatakan saya berbohong. Dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa semua orang enggan memberi. Dan daripadanya Allah memberiku zuriat, sesuatu yang tidak Dia anugerahkan kepadaku daripada isteri-isteriku yang lain." (Hadis ini dicatat oleh Ahmad).
Inilah hati wanita. Betapa Aisyah mencemburui Siti Khadijah biarpun jasadnya tidak kelihatan. Betapa sukar dalam memahami hati nurani kaum Hawa. Begitu juga hubungan Aisyah bersama para isteri yang lain yang sentiasa mencemburui dalam meraih perhatian suami.
Poligami bukanlah perosak kepada kehidupan alam rumah tangga. Janganlah kita sebagai khalifah Allah mengharamkan benda yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Atas kuasa apa yang menyebabkan kita menidakkan, memprotes soal poligami yang jelas diterangkan hukumnya dalam kalam Allah. Tetapi, marilah kita menafsir erti sebenar poligami yang dimaksudkan. Poligami dibolehkan atas tujuan membantu dan menyelamatkan maruah wanita seperti ibu tunggal, tahanan wanita di medan perang, menikahi atas kerana perlindungan dari segala bentuk kezaliman dan perzinaan. Buat para suami jua sang Adam, pemimpin yang dicipta oleh Allah dengan kelebihan akal dan kekuatan, renungkanlah kewajaran hatimu sebelum bertindak untuk berpoligami. Selidiki hatimu adakah jiwamu terdorong oleh nafsu sehingga membawa ke arah poligami? Adakah kamu menggunakan kelebihan ini sebagai satu platform untuk membangkitkan segala kelemahan dan keburukan isterimu? Adakah mampu untuk kamu memberikan keadilan yang sewajarnya sehingga hati isteri-isterimu tenang tanpa sebarang sengketa mahupun perbalahan jua tanpa setitik pun air mata mereka tertitis di pipi? :
Nabi Muhammad SAW begitu marah apabila melihat Fatimah menangis kerana mengetahui Ali bin Abi Thalib RA ingin berpoligami. Lalu Baginda berseru: " Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku, ku persilakan mengahwini puteri mereka. Ketahuilah puteriku itu bagian dariku, apa yang mengganggu perasaannya adalah juga apa yang menyakiti hatinya adalah hatiku jua."
Buat para isteri jua bidadari duniawi, janganlah meletakkan hukum Allah ini sebagai kecaman. Memberontak dan membantah sekeras-kerasnya mengenai poligami. Seandainya itu terjadi, penuhi hati dengan kesabaran diri. Tahu, ianya amat sakit. Tahu, ianya amat pedih. Tahu, ianya bagai nyawa yang hilang. Tetapi kita harus ingat setiap yang ada di dunia bukan hak milik kita tetapi hak Allah. Semuanya kerana Allah. Apa guna kita meraung, merayu, menangis bagai 'Kassim Selamat'. Memperlihatkan kelemahan diri sebagai wanita yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Selidiklah segala kekurangan diri dan berbincanglah dari sudut hati ke hati. Jangan ada unsur serang-serangan sehingga meletuskan peperangan. Jangan. Banyakkan menginsafi diri dan serahkan pada Illahi. Kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perkara yang tidak kita ketahui.
Rasulullah SAW sebenarnya telah hidup secara monogami selama 28 tahun bersama isterinya Siti Khadijah. Pasangan ini hidup dalam rukun damai selama lebih kurang 25 tahun sehinggalah Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun dan ketika itu Baginda berusia 50 tahun. Selepas kematian isterinya, barulah Rasulullah memulakan hidup berpoligami atas kehendak Allah SWT. Namun isteri-isterinya terdiri daripada janda dan ibu tunggal melainkan Aisyah RA. Ini menunjukkan Baginda berkahwin bukan atas nafsu tetapi atas niat pembelaan dan perlindungan.
Marilah kita merenung sedalamnya apa yang diperkatakan mengenai poligami. Poligami bukan diharuskan tetapi dibolehkan. Dibolehkan bagi mereka yang benar-benar memahami konsep poligami yang telah di syaratkan ketetapannya. Ianya meliputi tanggungjawab, keadilan, didikan, kasih sayang yang tidak berbagi jua bebanan yang amat tinggi. Bagi yang merasakan diri mampu, maka di bolehkan tetapi seandainya ia mengheret kepada kesengsaraan dan penderitaan maka jauhkan. Hargailah perhubungan yang telah sedia ada kerana itulah ikrar janji yang pernah dilaungkan di dalam rumah Allah dalam meniti kehidupan bersama dunia jua akhirat. Wujudkanlah keluarga bertunjangkan agama kerana itu yang lebih utama.
Semoga Allah melindungi kita agar sentiasa berada di bawah naunganNya. Amin.
Nota: Janganlah di isukan lagi hukum-hakam mengenai poligami tetapi perhalusi makna dan kesannnya.
Khairunnisa:
1. Takut dengan dunia poligami.
2. Nasihat untuk diri sendiri walaupun diri belum dimiliki.
3. Eh, tak perasan entri kali ini panjang.
2 comments:
waa..nice entry..betul2..bg yang xmampu berlaku adil, setialah pd yg satu, kecuali ada sebab2 yang diharuskan untuk berpoligami kan..=]
Rekonseptualisasi Poligami Kontemporer
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi:dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinlah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (An-Nisa : 3)
Issue poligami merupakan topik yang cukup menarik dibicarakan pada saat ini. Selain karena poligami itu terkait secara langsung dengan keadilan dan ketidakadilan Suami dalam menjalankan rumah tangga berganda, juga karena adanya anggapan bahwa hingga saat ini kontroversial pro dan kontra poligami masih diperdebatkan banyak kalangan.
Mencuatnya issue poligami akhir-akhir ini baik di media massa maupun elektronik, tidak terlepas dari perkawinan kedua para pemimpin ummat. Poligami merupakan perkawinan yang dinilai kontroversial bagi sebagian komunitas masyarakat Indonesia sekarang ini, mulai dari kalangan masyarakat kelas elite, pengusaha, cendikiawan, bahkan pejabat publik.
poligamiSebagai konsekwensi dari produk kontroversial tersebut, Pemerintah berinisiatif untuk segera merivisi Peraturan Pemerintah Nomor 10 Tahun 1983, junkto Peraturan Pemerintah Nomor 45 tahun 1990 mengenai perubahan PP Nomor 10 tahun 1983 tentang Izin Perkawinan dan Perceraian Bagi PNS. Paradigma yang akan di bangun adalah tidak hanya efektifitas pemberlakuannya bagi PNS saja, akan tetapi juga berlaku bagi Pegawai Swasta. Fenomena pro dan kontra masih aktual (hot issue) diperbincangkan berbagai kalangan sampai detik ini.
Mengutip Surat An-Nisa ayat :3 di atas, jelas bagi kita umat Islam, Allah Azza Wa Jalla telah memberikan hak kepada seorang lelaki untuk berpoligami sampai 4 orang isteri. Menanggapi ayat ini, para mufassir (ahli tafsir) menjelaskan, tujuan dari berpoligami adalah takut terjerat ke dalam perbuatan zina.
Penafsiran kontemporer terhadap praktik poligami sekarang “dilarang”, tidak lebih akibat pola hidup permisif, konsumtif, dan bertabiat liberalis-kapitalistik. Umat Islam pun kehilangan orientasi, pijakan, dan harga diri. Nilai-nilai akhlak Islam yang dianut dan dimuliakan, kini ditinggalkan bahkan dicibir. Anehnya, perbuatan zina yang sering dilakoni pejabat publik mendapat legitimasi.
Membicarakan rekonseptualisasi poligami kontemporer sekarang ini, bukan maksud penulis untuk melegitimasi kekeliruan yang sering dilakukan setiap suami ketika mereka berpoligami. Berbabagai macam ragam kekeliruan seorang suami ketika berpoligami, tidak lantas kita kaum muslimah untuk menentang hukum Allah.
”Barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahannam.(Memang), Jahanam itu tempat kembali yang buruk” (An-Nisa : 115).
Para ulama sepakat bahwa orang yang mengingkari atau membenci ayat Al-Quran adalah murtad, demikian pula, orang yang mengingkari hadist-hadist mutawatir. Orang-orang yang mengingkari poligami (padahal dasar hukumnya disebutkan dalam Al-Quran dan Hadist), maka tidak diragukan lagi kekafiran dan kemurtadan bagi mereka.
Zaman kontemporer ini merupakan zaman syubuhat (tuduhan dan keraguan) yang dicanangkan oleh musuh-musuh Islam. “…… Sedangkan orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran”) (An-Nisa : 27).
Post a Comment