Wednesday, July 13, 2011

Hati Itu

coretan niesa at 7:44 AM





Hembusan angin..
Namun tiada nada dalam alunannya,
Sunyi dalam kebisuan,
Sangsi dalam kerumitan,

Sakit,
Maka terduduk ke bumi,
Menongkah ke langit Ilahi,
Dengan pengharapan dan sinar.

Ya Rabb,
Benar aku sedih,
Benar aku sakit,
Tapi percayalah, hati ini amat bersyukur,
Kerana sakit ini tanda cahaya cintaMu.

Namun, 
Gagahilah aku untuk berdiri,
Tabahkan aku untuk menyelusuri,
Kekuatan yang Engkau ragut dari sisi.

Ya Rahim,
Perjalanan ini akan terus ku harungi demi kasihMU,
Ujian ini akan ku hadapi demi rahmatMU,
Kesedihan ini akan ku langkahi kerana cintaMU,

Segalanya hanya kerana,
AKU CINTA PADAMU,
YA ALLAH




0 comments:

 

Terukir di bintang Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea