Bismillahirrahmanirrahim
Diriku hanyalah seorang wanita biasa. Yang sangat lemah tatkala dugaan menimpa. Apatah lagi dikatakan sempurna di mata manusia. Tidak. Tidak akan pernah menjadi seorang yang sempurna. Gadis yang lemah ini ada sekeping hati yang kosong di dalamnya. Gelap dalam pancaran cahaya yang bersinar. Buta dalam kejelasan yang terbentang di depan mata. Menangis dalam hilai tawa yang sayup kedengaran.
Terkedu seketika tatkala melihat mereka. Bahagia bersama insan yang telah Allah anugerahi buat mereka. Alhamdulillah. Gembira mendoakan mereka walaupun tercuit di hatiku bilakah saat itu akan menjelma. Hidup tanpa dia. Ya.
Dia yang tak ku tahu siapa. Yang tidak ku tahu wujudkah di luar sana. Yang tidak pernah tahu bahawa aku sentiasa menunggunya. Yang ku harap menemaniku di saat aku bersamaNya. Yang aku nanti untuk bersamaku di sepertiga malam. Yang rela mentasmi' bacaan al-quran bersamaku. Yang mampu ketawa saat ku menangis. Yang mampu tersenyum saatku gelisah. Yang akan menumpangkan bahunya saat aku terjatuh. Yang aku rasa tenang biarpun kesusahan melanda.
Ya Allah,
Tiada lagi yang Maha Mengetahui selainMu,
Hatiku ini amat rapuh,
Yang mudah terleka dan lalai menjalani amanahMu,
Kukuhkanlah jiwaku,
Damaikan hatiku,
Dengan kehadiran pelindungku.
Agar diriku kebal mencari takwaMu,
Bersama sayap yang Engkau kurniakan untukku.
PadaMu ku bermohon.
Hadirkan dirinya,
Dalam keredhaan dan keizinanMu.
Ya Allah,
Aku pasrah pada ketentuanMu.
4 comments:
Berdoalah,
Dan berusaha menunggu,
Berusaha? Tiada idea tentang ini.
Semoga beroleh apa yang dihajati..
;)
@ Azree
Hehe. Terima Kasih.:)
kuatkan IMAN tabahkan Hati...
@ arenafon
InsyaAllah.
Terima kasih mennyinggahi blog picisan ini.
Post a Comment