Tuesday, May 08, 2012

Kita

coretan niesa at 6:19 AM


Mata berkedip terkebil-kebil
Merenung ke depan
Mengharap pada keajaiban
Yang kelam suram kegelapan

Dia terduduk..
Menahan api yang bergelora
Kau bakar jiwanya tanpa kata
Dia yang terlalu setia
Dia yang korban segalanya
Dia yang sentiasa ada
Kala kau terencat bagai orang gila
Dia yang tak pernah kisah
Walau apa pun keadaan kau

Kau..
Bangga melihat dia kecewa
Suka melihat dia sengsara
Dia yang cuba tersenyum
Walau kau ludah dia
Puas hati kau???



Berdiri dia dengan sebelah kakinya
Mengharap bola mata kau mengerling
Melihat dia yang tak berkaki
Tapi...ada kau peduli
Menongkah dia ke langit
Ya..dia jumpa Dia

Kau...
terus hanyut dengan alam yang gila babi
Tanpa kau ingat
Kau dah bunuh dia
Kau tikam dia
Kau nak tikam Dia juga?
Kau siapa atas muka bumi Dia ini..

Bila Dia murka..
Ternganga kau merintih kepedihan
Barulah tersentak teringat dia
Si dia yang sebenarnya cukup sempurna
Si dia yang tak pernah menyakiti kau walau sebesar zarah
Kau yang gila lagi buta..
Kau hunus jiwanya dengan kejam
Dek kerana mengikut nafsu tamak dan haloba
Kau cari dia semula
Kau ingat dia siapa
Sudah kau ludah ke langit dan kau jilat semula
Hah...dasar kau memang tiada guna

Renunglah
Sebelum kau mulakan langkah untuk menyakiti
Kelak sakit itu akan kau rasai
Jangan...
Belajarlah setia pada dia
Dia yang menanti kau sehingga kini
Nalurinya yang suci jangan kau kotori
Dengan nafsu kau yang busuk gila babi..
Kalau ini benar terjadi..
Kau pasti mati dalam sepi..


'Kadang-kadang kita buta menilai insan yang setia di sisi kerana merasakan dia sangat merimaskan hati. Belajarlah mengerti dan menghargai sebelum ia terlepas pergi menghilangkan diri'


0 comments:

 

Terukir di bintang Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea