Thursday, March 29, 2012

Kasih

coretan niesa at 8:13 AM
Hati yang sebegini kecil penuh dengan berjuta perasaan. Hari ini mampu ketawa. Esok, lusa tangisan melanda. Mengapa hati yang sebegini kecil mampu menampung berjuta perasaan yang bersilih ganti. Kerna telah tercipta di dalam hati ada rasa kasih. Ada rasa cinta yang perlu diberi dan memberi.

Seringkali manusia tergadai jiwanya kerana cinta. Pastinya yang memberi lebih sakit daripada yang diberi. Si pemberi cinta hatinya penuh rasa cinta, sayang, setia, kasih namun si penerima cinta belum tentu mampu menyayangi seikhlas yang memberi tadi. Maka timbullah sengketa sana-sini. Perkara yang mudah di sukarkan. Perkara yang senang disusahkan. Hanya kerana mengikut rasa marah dan bosan. Sedangkan kalau dihayati perbuatan dengan rasa sayang dan cinta pasti semuanya indah.

Ya, manusia hatinya mudah berubah. Mudah lupa. Hari ini mampu berkata sayang. Esok melemparkan benci. Hari ini menawarkan sayang. Esok ditepiskan dengan amarah tak bertepi. Terkadang sengaja mencari alasan hanya kerana ego dihati. Inginkan kepuasan dalam mencari cintai hati. Memang tak wajar sekali! Menjalarlah kasih mencari teman yang lain. Konon hanya sebagai kawan biasa namun perilakunya mesra terlebih-lebih. Yang terperuk hati si setia pemberi cinta tadi. Adilkah?



Menunggulah si setia dengan kata cintanya. Percaya keadaan akan berubah seperti sediakala. Usaha tak sudah-sudah hanya untuk dekati cintanya semula. Walaupun tercemar dihidu juga. Walaupun busuk dibau juga. Untuk apa? Bukti tanda setia atau benar-benar cinta?. Tak peduli dengan madah nasihat yang terpalit di cuping telinga. Tak mahu membuka mata untuk melihat kejadian sebenar. Rela di perbodohkan dari merasa kehilangan. Akhirnya hati memendam sakitnya. Cinta apakah ini. Menyakiti semata. Kata cinta memberi bahagia? Keliru semuanya...



Hidup ini adalah pilihan. Benar, sakit kerana cinta mampu membunuh jiwa. Maka pilihlah jalan untuk membawa hati yang tenang. Sesungguhnya hati ini milik PenciptaNya. Dia yang memberi segala rasa dalam hati sama ada gembira, sedih, sayang, benci, cinta dan kasih. Kembali semula padaNya.


 'Sayangilah insan yang mencintaimu dengan sebenar-benar cinta. Yang mampu bergandingan tika ketawa dan air mata'

Niesa: Menanti dan menunggu.



0 comments:

 

Terukir di bintang Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea