Assalamualaikum wbt.
Terdetik di hati Hawa untuk mencoretkan luahan rasa buat Adam di sana. Remuk hati Hawa bila melihat Adam seolah-olah lupa pada tanggungjawab Adam. Adam lalai, leka dalam menilai diri sendiri. Lupa pada perintah yang pernah Adam janji padaNya suatu ketika dulu.
Adam,
Pastinya Adam tahu bahawa Hawa terjadi dari tulang rusukmu. Kenapa?
Pastinya Adam juga tahu bahawa Adam di cipta terlebih dahulu dari Hawa. Kenapa?
Pasti Adam sudah tahu bahawa Adam di beri kekuatan yang lebih dari Hawa. Kenapa?
Kalau Adam lupa atau buat-buat lupa, biarlah Hawa mengimbas sejenak siapa Adam pada Hawa.
Adam,
Telah Allah ciptakan Adam sebagai pemimpin,
Yang telah diberikan kekuatan akal dan badan,
Agar dapat mengharung badai,
Dalam menegakkan syiar kebenaran.
Adam,
Telah tertulis bahawa Hawa tercipta untuk Adam,
Hawa yang menjadi tonggak kebangkitan Adam,
Yang sentiasa meniup kata-kata perjuangan,
Agar Adam sentiasa bangkit berjuang,
Biarpun Adam tersungkur ke dalam gaung yang amat dalam,
Melihat kelibat Hawa sahaja dapat menaikkan semangat Adam,
Walaupun yang terpalit pada Hawa hanyalah sekuntum senyuman.
Tahukah Adam,
Bahawa Adamlah yang seharusnya memimpin tangan Hawa,
Agar Hawa dapat bertemu dengan Sang Pencipta,
Dalam keadaan yang putih bercahaya.
Tahukah Adam,
Dengan nasihat dan pertolongan Adam,
Dapat menjadikan Hawa wanita yang mulia,
Yang tinggi darjatnya di mata Sang Pencipta,
Jua tercipta menjadi bidadari syurga.
Tapi Adam,
Apa yang Hawa inginkan tidak menjadi kenyataan.
Kerana Adam telah lalai dan alpa. Adam lupa pada Yang Maha Esa,
Adam jadikan Hawa sebagai tempat persinggahan,
Dalam mencari hiburan dan keseronokkan.
Adam tak pernah memikirkan soal hati Hawa,
Yang dahagakan belaian Adam untuk menyalurkan ilmu agama pada Hawa.
Hawa rindukan keikhlasan Adam dalam melaungkan Azan,
Hawa rindukan kelunakan suara Adam dalam bertaranum Al-quran,
Hawa rindukan kata-kata Adam yang penuh dengan ajaran ke arah kebenaran.
Hawa rindukan semangat membara Adam untuk membanteras kemungkaran.
Hawa rindu Adam, Hawa tersangat rindu.
Wahai Adam,
Adam kini bukan lagi seperti dahulu.
Adam banyak menggunakan Hawa demi kepentingan sendiri.
Adam menyalahkan Hawa kerana tersimpang dari jalan Illahi.
Terdedah sana-sini, berpelukan tanpa mengenal harga diri.
Hawa tak mengendahkan dosa dan pahala lagi,
Kerana tersesat sehingga mencemarkan maruah diri.
Tapi bukankah yang bersama menyesatkan itu juga adalah Adam?
Mengapa Adam mengikut Hawa yang fitrahnya penuh dengan nafsu dan manja?
Sedangkan Adam dikurniakan akal yang lebih hebat dari Hawa.
Mengapa Adam?
Adam,
Di sini Hawa tidak menyalahkan Adam.
Tetapi terlalu ramai Adam yang kurang kesolehannya.
Meletakkan agama serendah yang bisa.
Sehingga terlupa pada halal dan haramnya.
Tersebar maksiat merata-rata,
Mempengaruhi Hawa mengikut kesesatannya.
Dek kerna kata manis dari Adam tercinta.
Akhirnya Hawa juga yang binasa.
Adam tetap steady ketawa mencari mangsa seterusnya.
Adam,
Hawa di sini sentiasa memperbaiki diri,
Agar Hawa menjadi wanita solehah seperti yang di ingini,
Hawa ingin hidup bertauhidkan Allah,
Yang mencipta Hawa seindah permata yang berkilauan,
Cantik yang terpelihara akhlaknya,
Yang sentiasa menjaga Al Haya' dirinya,
Dan Hawa jua mengharapkan
Agar Adam juga sentiasa memperbaiki kesilapan,
Mengatur langkah pada jalan kebenaran,
Mencari syurga seperti yang di idamkan.
Ayuhlah Adam,
Lupakan segala kesesatan yang hanya mampu memusnahkan.
Berjihadlah di jalan kebenaran,
Kerana Hawa sentiasa menanti Adam yang penuh dengan ketakwaan.
Adam,
Inilah luahan Hawa buat Adam,
Hawa yang sudah sekian lama menanti,
Untuk menjadi sang bidadari di laman hati,
Sambutlah tangan ini dan pimpinlah,
Agar Hawa tetap tercipta menjadi sang bidadari,
Di syurga nan abadi,
Bersama Tuhan dan Nabi yang di cintai.
Wassalam.
Khairunnisa:
Semoga Allah memakbulkan isi hati ini. Amin.
1 comments:
terima kasih mengingatkan kaum adam...
semoga masih ada kaum adam yang mampu membimbing kaum hawa ke syurga kelak...
Post a Comment