Termenung dan termanggu,
Bila melihat alam sekeliling terasa hati jauh melayang. Aman dan tenteram biarpun di dalam bergelojak dengan sejuta perasaan huru-hara. Ku lihat hijau. Menyejukkan mata memandang. Sesejuk hati yang turut merasa keindahannya. Biarpun berada dalam hiruk-pikuk, riuh rendah pembangunan, namun tiada satu pun pembangunan yang mampu menenteramkan jiwa seperti kehijauan yang terbentang.
Biru dan hijau. Dua kombinasi warna yang padaku melambangkan ketenangan. Walaupun aku bukan pro dalam mengambil shoot-shoot gambar yang menarik tapi bagi aku gambar ni mampu buat aku tenang. Dengan tiupan angin yang mendayu-dayu buat aku hanyut menikmati alam. Sesungguhnya ciptaan Allah ini sangat unik dan indah dan tiada sesiapa pun yang mampu melawan ciptaanNya.
Kedamaian. Leka seketika. Seandainya berdiri di sini pasti kita lupa pada segala kekusutan yang melanda diri. Tiada pencemaran, tiada bunyi yang membingitkan. Jauh dari kesibukan kota yang kotor dengan debu dan kehangatan. Namun, sejauh mana kedamaian ini dapat dipertahankan? Setahun, dua tahun? Atau sekadar dua hari. Kemudian di baham dengan rakus pada arus pembangunan yang semakin mengganas.
Terdapat satu garisan cahaya di hujung sana. Seolah-olah menceritakan setiap kesusahan serta kegelapan pasti diakhiri dengan kenikmatan. Ini tafsiran aku je la melalui shoot di atas. Tapi betul kan? Telah Allah berkata segala sesuatu yang terjadi adalah atas kehendakNya dan kita sebagai khalifah Allah hendaklah sentiasa berusaha dan jangan pernah mengenal erti putus asa.
Di sinilah tempat yang paling indah pernah aku jejak. Memang rasa tak nak balik bila dah sampai sini. Tak sangka dapat jugak aku melihat hujung dunia Malaysia ni. Hanya bertemankan angin lautan bersama awan mendung yang berarak mampu menenggelamkan aku pada ciptaanNYa. Ya Allah, betapa indah dan sempurnanya ciptaanMu. Begitu banyak nikmat yang Kau berikan untuk hambaMu. Alhamdulillah.
Inilah suasana yang sangat menyentuh kalbu. Terdiam aku tatkala melihat view ini. Buat aku rasa sangat bersyukur atas pemberianNya. Namun sampai bila ia mampu bertahan? Manusia kini seringkali alpa dan lalai dalam menilai keindahan dunia. Segalanya ingin dimusnahkan hanya untuk mengejar keuntungan dan kemegahan. Mengapa sukar manusia nak menilai erti sebenar kecantikkan alam.
Rasanya bukan aku seorang je yang suka tengok sunset@matahari terbenam. Betapa matahari ini sentiasa menjalani tugasnya seperti yang di seru oleh Allah swt. Apalah akan terjadi tatkala matahari bergerak dalam arah yang bertentangan. Mampukah lagi untuk kita melihat keindahan matahari terbenam seperti hari ini?
Langit Allah. Banyak lagi ilmu yang tidak terkandung olehku untuk merentasi luar dari langit itu. Teringin untuk melihat bumi dari atas. Sesungguhnya melihat pemandangan dari atas lebih indah dan cantik berbanding melihat sesuatu dari bawah. Dan setiap kali aku gagal dalam perjuangan, jatuh dalam lubang yang menghibakan, pasti aku akan memandang ke atas. Aku percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya. Dia yang memberi segala kerumitan dan kesakitan maka Dia jugalah yang menyediakan kesenangan dan kenikmatan.
Alam yang terbentang luas ini sahaja mampu menceritakan segala keindahan apatah lagi agaknya di syurga. Pastinya kedamaian dan keindahannya beribu kali ganda lebih dari apa yang kelihatan kini. Namun adakah aku mampu melangkah ke sana? Ya Allah, izinkanlah aku menemuiMu dalam keadaan Kau tersenyum padaku. Amin Ya Rabbal A'lamin.
Wassalam.
Khairunnisa:
Sangat suka melihat alam sekeliling bila hati rasa gundah-gulana.
2 comments:
wah, entry yg sgt mnarik...
tp, sbuah gmbr tak sma dgn pengalaman yang kita lalui sendiri...
gmbr sunset misalannya, org lain tak boleh rasa ap yg kita rasa kt tmpt 2...lbh2 rasa yg mendamaikan dhati..^_^
Yes..betul. sekadar berkongsi keindahan alam. Tapi lagi seronok kalau merasainya sendiri. Tak dinafikan. Unik kan..
Post a Comment